Reflection 2
>> Tuesday, June 30, 2009
Pohon-pohon melambai, angin sayup-sayup berdesiran mengiringi kekuatan yang bulat bertekad di hati. Ibarat alam sekeliling merestui persiapan yang telah dilakukan. Rasa teruja untuk mempersembahkan sesuatu yang bakal menjadikan aku suatu hari nanti. Ini sekadar rentetan ujian yang perlu aku jalani.
Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahhari. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan hanya kekesalan datang dan pergi. Itulah yang aku rasakan setelah selesai aku melakukan microteaching. Rupanya, tidak semudah yang aku sangkakan. Walau persiapan telah aku lakukan, namun segalanya bukanlah penentu kerana yang menentukannya adalah keberkesanan persembahan dalam microteaching. Segalanya sudah berlalu, namun aku menghadapi masalah yang paling utama dalam melakukan apa jua bentuk persembahan iaitu aku terlalu takut apabila persembahan yang aku lakukan akan dinilai dan menjadi sebahagian dari peratusan markah keseluruhan. Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki ke hadapan kelas, aku merasa sangat takut dan terlalu gementar. Malah, segalanya ibarat tidak kena dengan diri aku. Sementelah, semua mata tertumpu pada aku sebelum memulakan bicara. Akhirnya, perancangan yang aku lakukan tidak menjadi dan pengajaran yang aku ingin sampaikan tidak langsung membuahkan hasil. Aku sayu dengan apa yang telah berlaku kerana aku merasakan yang aku mampu untuk melakukan microteaching dengan baik, namun rasa hati jauh sekali dari realiti. Jujurnya aku mengatakan bahawa sewaktu persembahan yang dilakukan tanpa penilaian adalah suatu yang jauh lebih baik berbanding persembahan yang dilakukan dengan penilaian. Mengapa bezanya terlalu ketara sedangkan kedua-duanya tetap memerlukan aku untuk berbicara di hadapan kelas? Apakah penilaian terlalu berbentuk formal sehinggakan segala perkara yang dilakukan terlalu berhati-hati dan akhirnya memakan diri sendiri?
Ruang dan peluang telah berlalu. Peristiwa lama tetap menghantui aku walau banyak perkara yang telah aku perbaiki. Penilaian yang dilakukan secara verbal sering mengikat aku dari melemparkan sebuah keyakinan yang jitu. Mengapa ianya berlaku tanpa memberikan aku sedikitpun ruang untuk merasai kepuasan bagi setiap persembahan yang dinilai? Hal ini bukan sahaja akan berakhir di sini, tetapi akan sentiasa mengekori aku lebih-lebih lagi bidang pendidikan ini menjanjikan seribu penilaian yang menanti. Lalu, kekecewaan ini membawa aku ke medan meditasi untuk mengerti setiap inci permasalahan yang aku hadapi. Perincian itu menggamit aku untuk termenung seketika. Pertamanya, persiapan yang dilakukan tidak mencukupi dalam menjanjikan sebuah persembahan yang baik di dalam microteaching. Walaupun, persediaan yang aku lakukan telah memenuhi beberapa helaian kertas yang sengaja aku tuliskan tatkala ia diperlukan namun aku seolah-olah hilang punca dan tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sedangkan aku telah mengatur semuanya. Lalu, penyediaan bahan-bahan yang perlu dipersembahkan serta cara mengaplikasikannya tidak cukup untuk menjadikan aku benar-benar bersedia apabila tiba masanya. Keduanya, aku tidak melakukan latihan praktikal microteaching sebelum aku menghadapi keadaan yang sebenar. Hal ini menjadikan aku terlupa langkah seterusnya yang patut aku lakukan dalam memastikan perjalanan persembahan berjalan dengan lancar sedangkan sesebuah latihan akan menghampirkan diri kepada kesempurnaan. Itulah kesalahan aku.
Ketiganya, aku belum cukup menguasai kandungan subtopik yang aku persembahkan. Walaupun sebenarnya aku tahu dan faham bagaimana pembiasan berlaku di dalam air, namun akibat dari kekurangan ilmu yang ada di dalam dada, menyebabkan aku kurang mampu untuk mengaitkan antara satu perkara dengan perkara yang lain di dalam topik yang sama. Keempat, aku takut akan melakukan kesilapan di dalam persembahan dan terlalu berhati-hati untuk memastikan perkara yang aku perkatakan dan sampaikan akan memberikan markah yang terbaik buat aku. Namun, dek kerana terlalu berhati-hati dan takut menghadapi kesalahan yang berlaku, aku kehilangan punca dan akhirnya ia menjadi satu keputusan yang memakan diri sendiri. Kelima, aku boleh bertanya soalan tetapi aku kurang mahir untuk melakukan probe further dan mengaitkan di antara satu jawapan pelajar dengan jawapan pelajar yang lain. Kelemahan-kelemahan ini membuatkan aku takut untuk dinilai dan diberikan markah di atas microteaching yang aku lakukan.
Secara teorinya, sukar untuk menafikan perkara yang berlaku ke atas diri aku ini kerana aku yakin diluar sana, ramai lagi yang menghadapi masalah yang hampir sama dengan diri aku, namun yang membezakannya adalah cara bagaimana mereka menerima dan menghadapi ketakutan terhadap sesebuah penilaian. Kajian telah membuktikan bahawa kebanyakkan manusia akan menjadi gementar dan kadangkala hilang punca terhadap apa yang sedang mereka lakukan. Namun, ianya tetap boleh diperbaiki andai persiapan rapi dapat dilakukan serta sering melakukan latihan dalam memastikannya berjalan dengan baik.
Lantaran itu, masalah ini menjadi suatu yang sangat kritikal dan ianya bakal mencaturkan nasib masa depanku apabila menjadi pendidik nanti. Kini, aku benar-benar sedar akan hakikat dan kelemahan yang sedang aku hadapi ini. Ibarat satu sentapan yang membangkitkan aku dari lamunan yang tidak berkesudahan dan aku amat mensyukurinya. Ditambah lagi dengan penulisan refleksi ini yang membuatkan aku berfikir lebih jauh tentang kesilapan yang aku lakukan serta perkara-perkara yang berkaitan. Aku mesti selesaikan masalah ini kerana proses ini baru sebuah permulaan dalam alam pendidikan dan aku harus memperbaiki kelemahan aku sebelum macroteaching dilakukan.
Kesedaran menjadikan aku bangkit bukan untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu, tetapi menjadikan yang lalu sebagai sebuah panduan untuk aku menghadapi hari muka dengan penuh keyakinan. Aku perlu tahu bahawa apabila aku sudah menjadi seorang pendidik, penilaian akan berlaku dan terus berlaku tanpa henti. Aku perlu menghadapi kenyataan dan perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada. Aku perlu membuat sebanyak mana persediaan untuk mengajar sebelum memasuki kelas samada semasa belajar di universiti ini ataupun disekolah nanti. Tanpa persediaan, perjalanan sesebuah pengajaran tidak akan menjadi sempurna kerana ianya adalah tunjang sesebuah kejayaan.
Ibarat kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitu juga masalah yang aku hadapi ini. Aku yakin, aku mampu untuk memperbaiki setiap kelemahan yang menjadi perincian tika ini. Aku bertekad, sebelum aku memulakan macroteaching nanti, aku akan mencari bahan-bahan dan cara penyampaian yang terbaik. Disamping itu juga, aku akan melakukan perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka tentang topik yang akan aku sampaikan nanti agar semuanya dapat berjalan dengan lancar. Selesai aku melakukan persediaan terhadap bahan-bahan dan gaya persembahan, aku akan menetapkan masa untuk aku mempratikkan cara pengajaran macroteaching supaya aku dapat membiasakan diri serta dapat memastikan masa yang diperuntukkan untuk macroteaching mencukupi. Aku berharap, practise will make perfect. Selain itu, melalui bahan-bahan yang diperolehi untuk melakukan macroteaching itu juga akan aku baca, faham dan kuasai sepenuhnya agar aku dapat menyampaikan pengajaran dengan baik dan difahami oleh pelajar. Untuk memastikan hal ini berlaku, aku perlu mula mengulangkaji dari sekarang ini.
Faktor kegagalan seseorang adalah apabila takut melakukan kesilapan. Aku perlu memahami makna dari kata-kata tersebut. Kini, aku mula memotivasikan diri aku sendiri dengan menyatakan bahawa kesilapan bukanlah faktor penentu kegagalan tetapi ia merupakan faktor menghampiri kejayaan kerana dengan kesilapan itu, akan menyebabkan aku memperbaiki kelemahan yang ada. Justeru, menghargai kemampuan diri sendiri akan menjadi satu lambang kekuatan yang dibina dari dalam diri sendiri dan akhirnya membawa keyakinan yang luar biasa dalam mengatasi ketakutan pada kesilapan. Probe further memang bukan sesuatu yang mudah. Namun, ianya bukanlah secara total untuk mengatakannya susah. Dalam setiap perkara yang berlaku, pasti ada persoalan yang boleh dipersoalkan. Begitu jugalah dengan proses pengajaran bagi mana-mana topik sekalipun. Lantaran itu, aku perlu mengetahui dan menyenaraikan semua persoalan yang boleh dipersoalkan untuk sesuatu topik lebih-lebih lagi macroteaching yang akan aku hadapi nanti. Aku perlu berlatih mengikut persoalan-persoalan yang aku temui untuk macroteaching dan memahami serta menguasai setiap persoalan yang tersenarai. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan aku lebih bersedia untuk melakukan probe further dan memberikan hint kepada pelajar untuk memastikan pelajaran tetap berada di landasan yang telah ditetapkan.
Moga-moga harapan serta tekad untuk memperbaiki kelemahan ini dapat menjadikan aku seorang pelajar yang cemerlang di universiti serta di sekolah nanti sebagai seorang pendidik gemilang.

0 comments:
Post a Comment